Pages

13 July 2013

Perjalanan puasa pertama

Hari ni dah start puasa hari pertama. Perjalanan hidup still macam biasa cuma ada perubahan dari segi timing dan koordinasi tubuh. Awal pagi terasa semacam sebab tak dapat "oksigen". Terketar-ketar jugak la awal pagi. Aku try kekang dan hasilnya badan semakin lesu dan mengantuk. Makin aku beliakkan mata makin mengantuk jadinya. Jadah hape pukul 10 pagi mengantuk?

Aku try borak-borak untuk try distract mood mengantuk tu namun berlaku lagi satu tindakbalas tubuh iaitu berasa mual, loya dan nak muntah. Aiyooo...takkan mengandung plak kowtt...?? Kandungan yang ada ni pun dah 4 tahun tak keluar-keluar isinya.  Cehh...Aku buat tak paham. Serba salah dibuatnya.

Lepas melalui saat hazab yang cam haram, tengah hari tu keadaan semakin normal dan nampaknya badan aku sudah mula dapat adapt dengan keadaan. Tiada lagi gangguan mengarut sehinggalah di saat nak balik. Walaupun dapat early release namun aku tak utilise pun sebab akan sangkut dalam jem. Di samping itu aku berbuat demikian untuk mengelakkan maki hamun dalam kereta. Bulan puasa kan..?? Harus suci murni sesegar embun hokeh...hahah

Keluar ofis 630 petang dan sampai 650 petang. Woww..alangkah bestnya macam ni selalu? Aku singgah sekejap ke param yang berhampiran sekadar mencari kuih barang sejenis dua. Takde niat pun nak tapau makanan kat param ni berdasarkan pengalaman keji bertahun-tahun lamanya dulu. Nampak sangat tuanya kan..??

Orang masih ramai tapi apa yang aku lihat semua makanan dah habis. Persis dilanggar garuda gitu. Giloss...dasar pelahap ke hape diorang ni? Bila aku ke gerai nasi campur, keadaannya cukup menyedihkan dengan lauk yang tinggal ala-ala makanan kucing. Pun begitu masih ada jugak yang beli dengan harga penuh..?? Apa la bongok..Disebabkan suasana sendu aku pun angkat kaki dan menuju ke restoran yang biasa aku pegi iaitu Restoran Thai Alisara kat Puchong Intan. Aku order nasi paprik ala Thai dengan nasi goreng cili api pedas berapi. Harap-harap tak terkena buasir bercili. Konfem menitiskan air mata dalam jamban. So suweyy...

Lepas berbuka aku turun ke surau yang baru diupgrade. Kemas dan selesa sekali. Sayangnya tak ramai warga tempatan sebaliknya ramai warga Pakistan, Arab, Nigeria dan jugak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...