Pages

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

26 January 2014

Tak sangka

Minggu lepas kecoh pasal projek kat Borneo bila ada sebut pasal benzene. Lepas semua issue to suam, aku pun terpikir masa drive balik rumah pasal benzene haram jadah tu. Berdasarkan memori aku yang tak seberapa ni, aku teringat masa sekolah dulu waktu subjek Kimia. Masa tu aku cukup minat subjek ni sebab aku suka nama-nama yang mengarut lagi susah nak sebut. Contohnya bahan peletup yang biasa korang jumpa dalam movie iaitu TNT. Tu short form. Nama panjang dia trinitro toluena. Nak panjang lagi? Try DDT. Sejenis racun serangga. Nama panjang dia Diklorodifeniltrikloroetana. Amacam..sembelit tak nak sebut? Hahaha..Selain tu aku suka buat eksperimen kat makmal berhantu kat sekolah dulu. Konsepnya campur-campur segala mak nenek terus dapat produk lain. Pastu buat kira-kira bilangan mol, seimbangkan persamaan kimia, kira tenaga, struktur yang terbentuk bla bla bla...

Berbalik pada cerita benzene tadi, aku still ingat nama dalam bahasa Melayunya iaitu benzena. Ia adalah salah satu produk hidrokarbon dengan formula C6H6. Ia tidak berwarna dan ofkos..mudah terbakar. Digunakan sebagai pelarut, perwarna, plastik etc etc. Tu basic aje la. Aku bukan nak cerita pasal benzene ni in detail cuma aku agak kagum macam mana aku boleh digest benda-benda camni dulu.

Bermula dengan subjek Kimia kat sekolah pastu sampailah kat U. Hari-hari Kimia. Minat aku terhadap subjek kimia ni mulai luntur sewaktu kat Asasi dulu.Nasib baiklah 2 tahun suffer pastu sikit pun aku tak amik tau lagi.

06 July 2013

Kawanku

Masa kat laut dulu, aku sangat rapat dengan kawan-kawan dari Itali. Kalau nak tau, orang Itali ni macam Melayu jugak. Nak lagi best, diorang ni kepala hangin. Cepat sangat sentap mengalahkan pondan lorong. Pun begitu aku tak heran sangat dengan diorang ni. Paham sesangat peel diorang ni.

Dalam ramai-ramai, ada sorang mamat ni cukup rapat dengan aku. Mungkin sebab dia first time sampai Malaysia kot so takde kawan?

25 June 2011

Rumah sewa

Sepanjang kehidupan aku di ibu kota, telah banyak aku lalui pengalaman pahit manis menyewa rumah. Kadang-kadang bila aku fikirkan, rasa nak tergelak pun ada. Tak semua orang mampu memperoleh pengalaman sedemikian dan mungkin berbeza suasananya. Walau apa sekalipun itulah perencah kehidupan seharian. Antara beberapa pengalaman yang ingin aku kongsikan...

Kisah 1

Pengalaman pertama aku sewaktu di kampus dahulu. Biasalah..student. Mana mampu sewa rumah yang mahal lagi jauh. Hasilnya kami menyewa beramai-ramai. Tempat pertama adalah Vista Angkasa. Mula masuk aku rasa enjoy tetapi sejak kedatangan squatters menambahkan lagi jumlah penduduk rumah. Orang putih kata "the more the merrier". Memang betul "merrier" sebab ada yang moody, kepala angin, selalu pinjam barang, hartamu hartaku jua, kaki gayut dan macam-macam lagi. Paling aku suka adalah semua satu kepala.

Bila bercakap mengenai rumah bujang, paham-paham sahajalah dengan bau baju berendam 2-3 minggu, bersepah dan tak ketinggalan memekak tiap-tiap malam. Kitorang pernah dapat surat layang nak report pada polis sebab jiran-jiran ingat kitorang ni hisap dadah. Oh come on..Takkan la sebodoh itu. Ketika itu juga jiran sebelah rumah adalah student pompuan yang sebaya. Kalau satu hari tak gaduh memang tak sah. Paling best kantoikan diorang lepak kat beranda time tak pakai tudung. Belum masuk lagi kutuk spender atau coli yang disidai kat situ..hahah..Jahat betul kitorang time tu..

Kisah 2

Pantai Dalam

Kisah 3

Pantai Dalam

Kisah 4

Taman Medan

Kisah 5

Shah Alam

Kisah 6

Shah Alam

28 March 2011

Berehat seketika

Aku dan komputer

Ramai anggap aku ni terer komputer. Hardware, software. Kalau ada masalah terus pegi tanya aku mesti dapat diselesaikan. Bab manipulate, duplication data dan programming bagi aje kat aku. Memang konfem berjaya. Kalau rasa blur nak beli barang IT, sure ramai serbu tanya pendapat aku.

Terus terang aku katakan yang aku ni bukan tahap specialist dalam komputer. Tak semua benda yang aku tahu dan tak semua juga masalah aku berjaya selesaikan. Kadang-kadang aku pun blur jugak. Aku cuma tahu basic sahaja kalau lebih dalam lagi...sorry. Sila tanya pada pakar yang lebih arif. Aku suka menerima pertanyaan ramai sebab dari situ aku turut belajar. Mana yang aku tahu aku kongsi bersama.

Aku belajar komputer dengan cara yang sukar. Orang putih kata "learn the hard way".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...