Pages

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

30 December 2012

Lost In Space

Hhmm...Lost In Space..Movie tahun 1998 kalau aku tak silap. Cerita sains fiksyen yang aku cukup suka berbanding Star Wars. Tambahan pulak apa-apa cerita pasal angkasa ni memang priority utama aku. Sebab tu jugak minat aku ke arah astro fizik dan plasma fizik. Kalau nak ke angkasa, sebuah space shuttle memerlukan oksigen dan nitrogen sebagai bahan bakar untuk keluar dari orbit bumi. Bagaimana untuk bergerak di angkasa? Sudah semestinya ia menggunakan konsep plasma fizik melalui daya tujahan plasma - plasma propulsion. Opss...mengarut pulak..hehe..

Pada tahun 2058, Bumi akan menjadi tempat yang tidak bisa didiami lagi akibat kesan pemanasan global dan pencemaran sejagat. Majoriti negara-negara di Bumi bersetuju untuk mencari penempatan baru di angkasa. Dalam masa yang sama ada pihak suka mengambil kesempatan di atas usaha tersebut unutk kepentingan peribadi. Biasalah..politik..prrfffgghtt..

Prof. Robinson anak-beranak ditugaskan untuk mencari planet yang boleh didiami seperti Bumi. Dia telah bekerja keras dan menjumpai planet Alpha Prime. Untuk ke sana, sebuah "hypergate" diperlukan untuk tujuan pemindahan dengan pantas, selamat dan stabil. Pernah tengok cerita Star Trek? Pembinaan hypergate selalu kena sabotaj oleh sakai-sakai politik tadi namun memang ianya terkawal.

03 July 2012

Maharku Untukmu

Drama Melayu memang menjadi slot tontonan aku setiap masa namun tidak semua. Ada yang bagus memang aku layan tapi kalau dah tau hampeh tahap sampah takkan nak tengok kan? Lagi bagus pergi sembahyang sunat dan mengaji ye tak..?? *Petir....!!

Sabtu lepas aku tertarik untuk melayan sebuah cerita sampah drama Melayu kat TV3 berjudul "Maharku Untukmu". Patutnya aku tak kuasa nak layan namun disebabkan aku tengah sibuk membaca novel chenta maka aku pun tengok. Maklumlah..untuk lebih feeling la katakann...prrffghttt...

Cerita mengisahkan perbezaan taraf hidup di antara miskin dan kaya di mana Tengku Marina (Norish Karman) sangat mementingkan taraf hidup dan begitu takut dengan dunia "low class". Tengku Aisyah (Nabila) sedikit sebanyak mewarisi peel hidung tinggi mak dia. Padanya semuanya boleh diperoleh dengan hanya memetik jari. Berharta dan berduit memang menjadi ukuran utama dua beranak ni.

Kurang didikan agama dan terlalu mengikut ajaran barat menyebabkan Aisyah semakin hanyut ke lembah maksiat lebih-lebih lagi bila dia selalu bersama dengan Tengku Ariff (Iqram). Wahh...semua main set-set Tengku je. Tungku dapur tak laku ke? Arif ni hampeh jugak sebab suka makan luar walaupun dah pakat nak kawin dengan Aisyah. Kesialan berlaku apabila Arif accident jatuh gaung dan rentung terbakar. Hhmm..aku dah agak jalan cerita Melayu. Ini aje cara nak matikan watak. Memang keji.

Akibat dosa silam, mayat Arif dikebumikan dengan penuh aib. Di saat ini Marina dengan bongkaknya mengutuk dan memperlekehkan hukum Islam. Suaminya iaitu

03 March 2010

Orgazmo

Kalau tengok tajuk movie ni ada macam cerita rogol sikit. Bila dah tengok cerita ni memang cerita rogol pun..hahaha. Tapi jangan salah anggap ye. Maksud aku cerita rogol adalah cerita tahap merapu dan bukannya cerita lucah OK. Kalau cerita lucah mana ada jalan cerita paham...!!!??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...