Aku rasa semua orang tahu pasal fail PDF. Dah jadi macam standard pulak mana-mana dokumen convert ke fail PDF. Just nak tanya..korang tau menatang hape PDF ni? Aku tak terkejut kalau ada orang tak tau sebab yelah...kebanyakan orang tau guna aje. PDF ni singkatan kepada Printable Document Format yang mempunyai format tersendiri dan mampu mengekalkan format dokumen tersebut meskipun berada dia platform yang berbeza tak kira platform Wndows, Macintosh, Unix, Linux atau mana-mana operating system. Company yang mula-mula perkenalkan format dokumen ni adalah tak lain dan tak bukan iaitu Adobe (Sebutan dia A-do-bi bukannya A-dob).
Untuk membuka dokumen format ini perlu ada application yang menyapotnya. Biasanya ramai guna Adobe Acrobat Reader. Dah company tu yang reka format sah-sah la dia jugak yang buat kan? Boleh aje download kat internet ni. Lepas install dok diam-diam. Time nak guna baru la sibuk-sibuk carik semula.
Aku takde problem dengan Acrobat Reader ni kecuali satu iaitu slow nak mampos kalau bukak fail PDF meskipun saiznya tak sampai 100KB. Dengan plug-ins dan tah amenda lagi yang running background pun aku tak tau. Siries lembab. Jadi..aku pun dengan gigih mencari alternatif lain dan jumpa dengan bermacam jenis reader yang lain. Dalam banyak-banyak tu aku memilih Foxit Software yang menjadi standard PDF reader dalam kegunaan harian. Foxit ni ada keluarkan banyak software reader namun aku memilih Foxit Phantom untuk tujuan diskusi kat sini.
Terus terang aku mengaku, akulah orang pertama yang memperkenalkan software untuk edit fail PDF kat opis aku. Kalau sebelum ni diorang akan print pastu taip ataupun tulis ke ruangan yang perlu. Pilihan lain adalah call client mintak softcopy. Eeee...tak malu. Di kala itu aku memperkenalkan Foxit PDF Editor secara senyap. Namun disebabkan opis aku banyak Melayu, akhirnya pecah lobang dan diedarkan secara berleluasa. Tak boleh simpan rahsia laa...Prffffhhh....
Berbalik ke cerita asal, Foxit Phantom adalah software PDF reader dengan editor sekali.
No comments:
Post a Comment