Pages

22 April 2013

SSD

Bagi pengguna komputer, memang sudah biasa dengar perkataan hard disk. Bila sebut aje hard disk pengguna biasa terbayang saiznya sama ada gigabyte ataupun terabyte. Kalau yang celik sikit akan tengok jenamanya sama ada Seagate, Western Digital, Samsung, Hitachi dan sebagainya. Untuk level yang pro pulak akan check berapa spindle speed, berapa platter, interface, seek time dan macam-macam benda teknikal.

Rata-rata komputer atau laptop akan install sebiji atau dua hard disk untuk kegunaan harian. Kalau ikut standard hari ni, kebiasaanya paling minimum pun dalam 500GB untuk laptop dan 1TB untuk desktop. Kalau yang guna external hard disk, saiznya start dari 1TB hingga ke 2TB. Jenis yang nak buat backup, akan beli external drive tak kira yang bersaiz kecik boleh masuk poket atau yang gedabak letak atas meja.

Seiring dengan perkembangan teknologi sekarang, muncul juga satu bentuk storage media yang dipanggil Solid State Drive atau SSD. SSD sangat-sangat berbeza dengan Hard Disk Drive (HDD) dari segi design dan architecture nya. HDD menggunakan disk yang disalut dengan bahan magnetik. Data yang dibaca dan disimpan memerlukan disk tersebut berputar dan dibaca oleh read/write arm.

SSD pula menggunakan flash memory berbentuk cip sama seperti USB drive dan memory card. Jadi SSD ni tak perlu komponen elektro-mekanikal untuk memutarkan disk dan read/write arm. Apa yang diperlukan adalah controller untuk memberitahu bagaimana data ingin disimpan dan dibaca. Simple bukan? Dalam bahasa yang mudah untuk dicerna, SSD ni adalah flash drive macam USB thumbdrive yang bersaiz besar.

Kebiasaannya flash drive berbentuk USB tu memang slow dari segi read dan write sebab guna interface USB itu sendiri.Kalau ikut spec komputer lama yang ada USB 1.1, speed untuk read/write hanyalah 1.5MB/s. Untuk yang USB 2.0, speednya mencecah 60MB/s. Yang terbaru untuk komputer moden adalah USB 3.0 dengan speed 625MB/s secara teori. Aku dah test USB 3.0 punya speed dan memang dia sangat laju. Namun perlu diingat, yang interface USB ni biasa untuk mobile mode. Takkan nak usung ke hulu ke hilir SSD ni? Ia mestilah duduk diam-diam dalam komputer atau laptop ye tak?

Jika dibandingkan dengan USB flash drive, saiznya standard dalam 2.5". Saiznya sebesar external hard drive korang yang boleh masuk poket tu. Ia memang ringan sampai korang akan rasa tertipu berbanding HDD. Apa yang sangat penting untuk SSD ni adalah controllernya yang akan handle macam mana data korang disimpan, dibaca dan macam-macam lagi. Dan ofkos controller yang cerdik sebab kalau bodoh-bodoh memang jahanam la data korang lelebih lagi untuk run OS cam Windows ke, OSX ke, Linux ke bla bla bla..

Bercakap mengenai controller ni, USB flash drive pun ada controller jugak yang berada di motherboard yang dipanggil Southbridge. Cip southbrdige ni jenis integrated yang maksudnya dia ada function lain selain nak jaga USB aje. Kalau SSD ni, dia ada sendiri punya khas untuk jaga dia sorang. Orang lain jangan sibuk. Dengan ada kelebihan ini, maka ia menjadikan SSD ni lebih ngetop berbanding USB flash drive.

Pembuat SSD ni biasanya pengeluar RAM macam Crucial, Kingston, OCZ, Corsair dan jugak Intel walaupun tak buat RAM. Pembuat HDD setakat ni hanya Seagate dan Western Digital aje. So far diorang takde plak keluarkan SSD drive lagi. Kalau ada pun jenis sendu lagi baik tak payah buat.

SSD jugak unik sebab ia bergantung kepada controller yang pandai mengoptimumkan arahan untuk read atau pun write termasuk function lain. Inilah yang membezakan antara SSD sesama sendiri. Contoller yang biasa glamer adalah Marvel, Sand Force, Micron, Indilinx sebagai contoh.

Sampai kat perenggan ni musti ramai yang blur pekemenda aku merepek ni kan? Ada yang tak paham, paham sikit dan paham kesemuanya. Aku treat semua orang tak paham jadi aku cuba ringkaskan apa yang aku nak sampaikan. Motifnya aku nak promote SSD drive dan dalam masa yang sama menyingkap persoalan "nak beli ke tak?". Aku ringkaskan semuanya dalam table kat bawah ni

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...