Pages

22 April 2013

Sains dan manusia

Memang aku mengaku yang subjek sains memang susah. Untuk mempelajarinya kita kena pelukan daya imaginasi yang tinggi berserta minat yang mendalam kerana ia saling bersangkut paut antara satu sama lain. Kena banyak menghafal, fahami konsep malah harus mampu mengaitkan di antara sub bidang sains yang lain seperti fizik, kimia, biologi dan sebagainya. Hukum, prinsip, persamaan, teorem adalah mainan untuk pelajar aliran sains jadi tak perlu terkejut kalau terjumpa beribu-ribu persamaan yang sungguh pelik untuk menerangkan akan kejadian alam.

Biasanya kalau dengar pasal persamaan, hukum, konsep mesti korang dihantui oleh persamaan mengarut macam yang aku buat dulu untuk mengetahui putaran planet di dalam galaksi. OK kan? Takde la susah sangat. Hahaha..Jika begitu apa pula kaitan post aku kali ni? Tujuan aku adalah untuk memudahkan pemahaman dengan membuat beberapa analogi tentang kehidupan berdasarkan hukum sains secara mudah dan rawak. Sudah sedia...??

1. Hukum Newton Ketiga

"Hukum Newton Ketiga menyatakan setiap daya yang bertindak, terdapat satu daya yang bertindakbalas dengan magnitud yang sama dalam arah bertentangan"

Contoh:


Daya A : Bila ko nak kawen?
Daya B : Bila ko nak mampos?


2. Prinsip Le Chatelier

"Prinsip Le Chatelier menyatakan jika sesuatu sistem yang berada di dalam keseimbangan mengalami perubahan suhu, isipadu, tekanan atau mangkin, sistem tersebut akan bertindakbalas untuk mengurangi kesan perubahan tersebut agar keseimbangan tercapai"

Contoh:

Kes pergaduhan bebudak sekolah sebab rebut jantan. Dua betina bongok bergaduh bererti berlaku tindakbalas untuk menstabilkan keadaan agar keseimbangan memiliki jantan secara agung hanya seorang sahaja. Tekanan jelas terpampang di mana dua betina tersebut saling meroyan dan tumbuk menumbuk. Apabila keadaan suhu meningkat, tudung ditarik malah ada mengangkat kain. Kesan mangkin berada disekeliling di mana masing-masing memberi sokongan moral sambil ketawa. Aku tunggu perubahan isipadu aje di mana darah akan terkeluar. Kalau semua ada lengkaplah sudah Prinsip Le Chatelier. Syabas..!!!


3. Hukum Snell

Hukum Snell digunapakai untuk subjek fizik optik. Mengikut hukum ini, apabila cahaya menembusi dua bahan yang berlainan ketumpatan, cahaya itu akan dibiaskan.

Contoh:

Joyah nak pergi ke kedai membeli sardin. Dalam perjalanan dia ternampak Bedah tengah jemur baju di dalam kawasan rumahnya. Sampai aje ke sana Joyah kata ada gosip lalu berbuih-buih molot mengumpat sehingga tujuan beli sardin terpesong. Korang pun pernah buat benda yang sama bukan? Sape tipu masuk neraka..



4. Prinsip Archimedes

Prinsip Archimedes ni banyak digunakan untuk bendalir. Ia menyatakan apabila suatu objek yang terendam sepenuhnya atau separa, berat objek tersebut adalah sama dengan isipadu yang tersesar.

Contoh:



5. Prinsip Bernoulli - Fizik

Prinsip Bernoulli menyatakan dalam suatu bendalir yang bergerak, apabila halaju bendalir itu bertambah maka tekanan bendalir tersebut akan berkurangan. Sebaliknya, apabila halaju bendalir itu berkurangan maka tekanan bendalir tersebut akan meningkat.

Contoh:




6. Hukum Mendel



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...