Aku faham sesetengah orang memang tak suka baca buku lebih-lebih lagi buku ilmiah. Malah ada juga yang kurang membaca meskipun sebuah artikel pendek yang ada di dada akhbar. Namun aku kagum ada sesetengah orang yang sanggup fokus membaca sesuatu yang diminati dengan penuh mendalam lebih-lebih lagi perihal bola, hiburan, gosip artis dan tak terkecuali berkaitan seks. Masing-masing kalau boleh harus hadam semua maklumat agar tidak ketinggalan dan sentiasa sejajar dengan perkembangan semasa. Hhmm...bila ada minat baru nak membaca ye?
Bagaimana pula membaca untuk tujuan melaksanakan tugas seharian? Perlu minat juga atau membaca kerana terpaksa? Suka atau tidak ia adalah wajib. Kalau tak baca bagaimana nak menyiapkan kerja? Aku seriously nak meroyan sebab ada orang yang begitu malas sekali membaca kat office aku ni. Seolah-olah kandungan dokumen yang perlu dibaca itu begitu kompleks dan susah dicerna hinggakan harus ada orang lain buat summary untuknya agar senang faham kononnya.
Oh come on...!!! Dokumen yang dimaksudkan tidaklah tebal dan bahasanya begitu straight forward bukan tahap English Literature yang banyak guna ayat bombastic bagai.
No comments:
Post a Comment