2-3 hari lepas
aku rasa macam tak selesa
migrain datang agak kerap juga
panadol memang sudah ku sedia
tetapi rasanya ada benda lain yang menyapa
2-3 hari lepas
kerja datang menimpa-nimpa
membuatkan aku selalu bersiap siaga
hingga melupakan hal sendiri pun ada
semata-mata untuk menyiapkan kerja dengan jayanya
2-3 hari lepas
kadang kala aku terfikir
mengapa aku seorang sahaja yang terhegeh-hegeh
sedangkan yang lain boleh menguntum senyum di bibir
gelak ketawa seolah hari-hari mendatang adalah holiday
2-3 hari lepas
aku bekerja dengan ikhlas
memberikan khidmat profesional tanpa rasa malas
cuma aku benar-benar kecewa bagai dihempas
melihat yang lain tiada rasa bersalah barang seulas
2-3 hari lepas
di dalam hati ku pendam semua
menyimpan dendam benci segala
perkataan "team work" memang tiada
semuanya lakonan semata
2-3 hari lepas
satu pagi aku tersedar
dadaku sakit jantung berdebar-debar
No comments:
Post a Comment