Hhmm...Lost In Space..Movie tahun 1998 kalau aku tak silap. Cerita sains fiksyen yang aku cukup suka berbanding Star Wars. Tambahan pulak apa-apa cerita pasal angkasa ni memang priority utama aku. Sebab tu jugak minat aku ke arah astro fizik dan plasma fizik. Kalau nak ke angkasa, sebuah space shuttle memerlukan oksigen dan nitrogen sebagai bahan bakar untuk keluar dari orbit bumi. Bagaimana untuk bergerak di angkasa? Sudah semestinya ia menggunakan konsep plasma fizik melalui daya tujahan plasma - plasma propulsion. Opss...mengarut pulak..hehe..
Pada tahun 2058, Bumi akan menjadi tempat yang tidak bisa didiami lagi akibat kesan pemanasan global dan pencemaran sejagat. Majoriti negara-negara di Bumi bersetuju untuk mencari penempatan baru di angkasa. Dalam masa yang sama ada pihak suka mengambil kesempatan di atas usaha tersebut unutk kepentingan peribadi. Biasalah..politik..prrfffgghtt..
Prof. Robinson anak-beranak ditugaskan untuk mencari planet yang boleh didiami seperti Bumi. Dia telah bekerja keras dan menjumpai planet Alpha Prime. Untuk ke sana, sebuah "hypergate" diperlukan untuk tujuan pemindahan dengan pantas, selamat dan stabil. Pernah tengok cerita Star Trek? Pembinaan hypergate selalu kena sabotaj oleh sakai-sakai politik tadi namun memang ianya terkawal.
No comments:
Post a Comment