Minggu lepas kecoh pasal projek kat Borneo bila ada sebut pasal benzene. Lepas semua issue to suam, aku pun terpikir masa drive balik rumah pasal benzene haram jadah tu. Berdasarkan memori aku yang tak seberapa ni, aku teringat masa sekolah dulu waktu subjek Kimia. Masa tu aku cukup minat subjek ni sebab aku suka nama-nama yang mengarut lagi susah nak sebut. Contohnya bahan peletup yang biasa korang jumpa dalam movie iaitu TNT. Tu short form. Nama panjang dia trinitro toluena. Nak panjang lagi? Try DDT. Sejenis racun serangga. Nama panjang dia Diklorodifeniltrikloroetana. Amacam..sembelit tak nak sebut? Hahaha..Selain tu aku suka buat eksperimen kat makmal berhantu kat sekolah dulu. Konsepnya campur-campur segala mak nenek terus dapat produk lain. Pastu buat kira-kira bilangan mol, seimbangkan persamaan kimia, kira tenaga, struktur yang terbentuk bla bla bla...
Berbalik pada cerita benzene tadi, aku still ingat nama dalam bahasa Melayunya iaitu benzena. Ia adalah salah satu produk hidrokarbon dengan formula C6H6. Ia tidak berwarna dan ofkos..mudah terbakar. Digunakan sebagai pelarut, perwarna, plastik etc etc. Tu basic aje la. Aku bukan nak cerita pasal benzene ni in detail cuma aku agak kagum macam mana aku boleh digest benda-benda camni dulu.
Bermula dengan subjek Kimia kat sekolah pastu sampailah kat U. Hari-hari Kimia. Minat aku terhadap subjek kimia ni mulai luntur sewaktu kat Asasi dulu.Nasib baiklah 2 tahun suffer pastu sikit pun aku tak amik tau lagi.
No comments:
Post a Comment