Pages

14 September 2013

Aku dan lagu

Semua orang sedia maklum bahawa muzik adalah salah satu hiburan dalam hidup kita. Tipulah kalau hidup sunyi sepi. Tak kisahlah apa jenis muzik yang korang layan sama ada rock kapak, lagu hantu, metal, K-Pop, dangdut....nasyid. Tu dikira sebagai muzik jugak ye tak?

Banyak masa aku berada di atas jalan raya. Oleh itu aku biasanya akan plan dan update lagu yang aku nak dengar untuk tujuan meningkatkan mood ke dalam thumb drive. Kalau nak tau, aku tak dengar radio dalam kereta meskipun siaran radio tersebut ada memutarkan pelbagai lagu baru dan lama. Aku rasa macam bingit sangat dan distracted dengan suara DJ yang merapu termasuk iklan tahap sendu diorang. So, tak payah dok tanya aku sape DJ stesen A,B,C. Takpun tanya slot panggilan hangit ke, bual bicara dan apa lanciau semua. Memang aku tak nak amik tahu.

Berbalik ke cerita muzik, aku juga dikelilingi oleh muzik yang pelbagai. Di mulai dengan lagu dan di akhiri dengan lagu jugak. Aku tak sure dengan korang tetapi kalau selection aku memang telah di"set" awal-awal lagi. Dan sudah semestinya aku pilih untuk aku dengar. Pekejadah aku pilih lagu nak kasi korang dengar plak. Prrff...

Antara tema lagu yang mewarnai hidup aku seharian...

Awal pagi/Subuh 
Lagu berupa nasyid dan bacaan ayat suci. Lagu feveret  "Bila Izrail...datang memanggil..jasad terbujur di pembaringan". Ya ampunnnn......takut siottt..

Bersiap untuk pergi kerja
Lagu klasik zaman dolu-dolu macam retis lama Uji Rashid, Kak Pah, Hail Amir, Noor Kumalasari, R. Azmi haha..Aku kan dah tua..

Dalam perjalanan ke tempat kerja
Lagu-lagu yang meningkatkan semangat juang berkobar-kobar antaranya "Right Here Right Now - Fatboy Slim"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...