Pages

23 June 2013

Tukar format

Aku selalu didatangi manusia kat opis untuk meminta bantuan menukar format dokumen ke format yang lain. Biasanya format PDF ke format yang boleh diedit seperti MS Word. Bukan untuk mendabik dada ya..sememangnya aku punyai kepakaran berbuat demikian dengan bantuan dari koleksi software yang aku simpan sejak zaman belajar lagi dan jugak pengalaman buat kerja-kerja haram ni hehe.. Walaupun software tu nampak ketinggalan, ia mampu memberikan hasil seperti yang dikehendaki.

Disebabkan terlalu ramai yang minta bantuan, aku terpaksa hadkan permintaan tersebut sebab...MALAS. Biasanya aku buat muka blur dan akhirnya akan cakap "oo..tak tau la". Pada sape yang pernah terkena camni..hehe...sendiri mau ingat.

Konsep pertolongan aku adalah berdasarkan

1. PR
Hubungan sesama sendiri. Meskipun sesama member ia tak bermaksud sesenang aje aku nak layan. Set-set kerek memang aku takkan tolong punya

2. Timing 
Convert dokumen ni bukannya ABC. Ia ambik masa dan aku pun ada masa aku jugak. Kalau bagi aku certain masa, aku akan tolong. Kalau cakap nak "segera", "urgent"...sila dail 1-800-GI-MAMPOS

3. Complexity of the document
Jenis dokumen memainkan peranan jugak. Ada yang simple dan ada yang nokharomm...Kalau ikutkan boleh aje aku buat tapi..biasalah MALAS

Item 2 dan 3 saling berkait. Biasanya item no 3 la yang main criteria dia. Bila aku cerita document complexity ia bermaksud macam mana dokumen tu aku dapat. Katalah fail PDF yang dihasilkan melalui PDF printer memang takde masalah langsung. Sekejap aje aku boleh convert. Tetapi kalau fail PDF tu dari jenis scan copy..di sinilah kerumitan berlaku.

Proses conversion ni sangat bergantung kepada teknologi OCR - Optical Character Recognition

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...