1. Adventure of a wimpy werewolf
Aku beli ni kat Times Bookstore kat KK sehari selepas turun dari laut. Time tu mood nak membaca berkobar-kobar. Tak tau pasal apa. Dalam banyak-banyak buku yang ada, aku pilih buku ni sebab bahasanya tak terlalu kelas sangat. Boleh aku kata buku ni untuk bacaan bebudak hehe..Dah English aku tahap PPRT takkan nak feeling-feeling baca novel omputih yang tebal nak mampos tu. Member aku si Angkul kata "paduli la sama dia.." hahaha...
Penulis buku ni hanya sambung dari buku popular dia "Diary of a wimpy vampire". Karyanya ditulis dalam bentuk diari. Ia mengisahkan Luke Thorpe yang berusia 15 tahun. Dia cukup terer dalam Maths tapi bila masuk bab sukan..hancus. Dia bercita-cita untuk menjadi ahlil politik malangnya tidak kesampaian setelah dia digeget oleh seekor anjing yang besar ketika beli susu untuk ibunya.
Pada mulanya, Luke tak rasa apa-apa cuma pelik kerana setiap kali bangun pagi, biliknya lintang-pukang macam lepas parti. Dah tu banyak kesan cakaran kat dinding. Saban hari, keadaan Luke mulai berubah. Lebih-lebih lagi dia mendapati badannya banyak ditumbuhi bulu kat belakang badannya dan mulai menggemari memakan daging mentah. Bila keadaannya berubah, cepat-cepat dia lari menyorok dari pelajar sekolah sebab dia tak mahu dilabel sebagai
Luke berkenalan denga Ryan yang juga seorang werewolf untuk mengajarnya cara untuk control dari berubah wajah. Luke berjaya mengawal dirinya. Dalam diam, Ryan sebenarnya ingin merekrut Luke untuk join bersama kumpulan werewolf untuk menentang pontianak yang jugak bersepah dikalangan penduduk setempat.
Di dalam group werewolf tersebut, Luke mengenali Chloe seorang gadis werewolf jugak yang banyak menekankan tindakan perdamaian antara werewolf dan jugak pontianak. Namun cadangan tersebut ditolak mentah-mentah oleh Ryan. Di hari
No comments:
Post a Comment