Masa zaman aku sekolah dulu memang sudah ada kelas tuisyen tetapi kewujudannya boleh dikatakan kurang. Walaupun kurang, jumlahnya kian bertambah. Pelbagai kelas disediakan mengikut keperluan pelajar. Ianya semata-mata untuk memperkasakan lagi apa yang telah belajar disekolah. Malah ada yang inginkan pembelajaran pantas yang mana di sekolah rata-rata cikgu-cikgu mengajar berpandukan sukatan matapelajaran dan juga mengikut kemampuan pelajar. Kalau dapat satu kelas yang terer memang senang tetapi macam mana untuk kelas yang bebudak peel cam haremm..??
Mendaftarkan diri ke kelas tuisyen pada masa tu dianggap sebagai sesuatu yang "high class". Seolah-olah sesiapa yang takde join kelas tuisyen sebagai lemah dan takde support untuk exam yang akan datang. Maka yang pergi tu pun feeling-feeling lebih cerdik dari yang tak pergi. Pusat tuisyen juga sangat pandai carik duit dengan membuat pilihan yang sangat fleksibel dengan kemampuan pelajar. Ada yang 1-2 subjek, ada yang ikut pakej 5-6 subjek malah semua subjek pun ada asalkan ada duit. Secara purata 1 subjek dikenakan bayaran sebanyak RM20. Kalau pakej 2-3 subjek pulak menjadi RM45 manakala yang ambik pakej semua 10 subjek pula dalam RM105 sebulan. Nilainya mungkin nampak kecik sekarang tetapi pada zaman aku ia cukup mahal.
No comments:
Post a Comment