Aku hormati profesion orang lain macam doktor, nurse, lawyer, accountant, engineer even cleaner sekalipun. Bagi aku diorang ni memang specialize dalam bidang masing-masing kalau tidak kenapa diorang pergi perabis wang ringgit menuntut ilmu dalam bidang yang diorang buat dulu kan? Dan jugak kerja cleaner. Ko hengat diorang tu tak sekolah ke? Keje just pegi cuci lantai pastu abis? Nak cuci mengemas pun ada strategi jugak. Kalau opis 5 tingkat. Musti diorang tau area mana kena bersihkan dulu dan paling penting tak mengganggu tugas orang lain. Kalau kotoran degil mesti tau apa nak guna.
Apa jua kerja sekalipun, kita ni manusia saling tak sempurna. Yang kurang kita tambah. Yang lebih kita share. Aku tak pasti la pulak korang ikut konsep mana tapi itulah yang aku sentiasa praktikkan dari dulu sampai sekarang. Konsep berlagak dan merendah-rendah orang lain is BIG NO to me.
Macam aku cakap kat atas tadi, aku cukup hangin kalau ada orang yang cuba merendah-rendahkan orang lain. Ingat diri tu bagus sangat tahap dewa ke nak cerca orang lain..?? Nak aje aku bagi cermin pecah seribu kat muka sakai yang berlagak ni. Paling tak boleh blah bertekak pasal benda-benda remeh ni. Paling gampang kes yang berlaku antara accountant dan engineer sebab MS Excel? Aduhaii.....bodoh sungguh. Bila tahap berlagak nak mampos ni di tahap kronik maka it's time to fight back. Kat sini aku bogelkan kebobrokan diri ko sambil ditatapi berjuta-juta ummah. Juta-juta?? Ye ke? Rating blog pun tahap sendu..prrffghhh...
Rasain cercaan dari aku...
1. Berani ko si accountant ni mengajar engineer mengira?
Ko sadar tak ko dulu study statistik pun dah semput-semput. Setakat subjek statistik pada engineer tu ibarat makan kuaci aje. Try buat Fourier series, Z-transform, vector algebra, persamaan gelombang, delta kronecker...Sah-sah cirit batu seminggu.
2. Berani ko si accountant ni mengajar engineer guna basic function MS Excel?
Akauntan mengajar engineer?
Oppss....nampak macam kurang ajar. Aku ubah sikit soalan tadi..
Akauntan mengajar engineer mengira?
Err..
No comments:
Post a Comment