Lima tahun dulu aku bekerja banyak dengan Italian. Mula-mula nak adapt dengan diorang cakap dan bekerja memang susah. Slang English diorang ala-ala yenna. Bergulung-gulung dan ada irama plak time cakap haha..Lepas tu bila cakap tangan diorang banyak bergerak. Aku ingat diorang halau lalat tapi dah memang camtu rupanya hahaha...Bersama diorang tak perlu tau sangat cakap Itali. Korang perlu mempunyai mata yang tajam aje. Setiap percakapan memang ada body language tersendiri. Memang lawak gila time mula-mula tu. Sekarang ni semua no hal. Yang ada problem kalau set-set dari selatan aje sebab diorang ni ada kasar sikit. Maklumlah..suku sakat mafia.
Aku kenal seorang mamat Itali ni selepas habis meeting di Sabah dulu. Dia ni team lain untuk job drilling yang berbeza dengan aku. Kesian dia..dah la first time datang Malaysia pastu sorang-sorang plak tu. Disebabkan dia solo, dia selalu join team aku sebab dia takde geng. Mamat ni bernama Piccione berumur dalam awal 50an. Aku ingatkan dia ni pendiam tapi mak aii...banyak gila tanya itu ini.
Ketika berjalan ke Kampung Air, dia tanya aku kenapa ramai sangat berkumpul kat kedai Cina tepi bangunan buruk tu. So aku cakap, diorang jual tonik dan buat rawatan akupuntur tradisional Cina. Dia tergelak dan kata jarum yang diorang guna tu kotor. Macam mana kalau ada orang kena HIV sebelum tu datang buat rawatan? Aku tak tau nak cakap apa cuma apa yang aku kata mesti apek tu pakai jarum baru. Takkan la apek tu bodoh sangat kan? Dia terkejut lagi bila tengok ada orang minum air dalam balang yang ada ular, lipan dan macam-macam lagi. Bagi aku tu normal kat sini. Pastu dia tanya lagi apa penyakit yang boleh diubati oleh apek tu dengan nada sarcastic. Bangsat punya Italian. Tengok aje dah la. Ni siap nak argue dengan aku semua. Malas aku nak layan soalan-soalan dia lepas tu.
Sampai kat hotel, kitorang lepak kat lobby sambil borak-borak. Topik perbualan dia lebih pada apek tadi. Aku just layan gitu-gitu aje lah. Lama-lama Piccione ni pun cerita la masalah dia. Dia cakap anak dia dah masuk 12 tahun. Sejak umur 8 tahun dulu, anak dia diserang penyakit gatal seluruh badan. Dia perhabis duit buat rawatan yang macam-macam. Semuanya guna perubatan moden malah telah pergi ke pakar perubatan kat German dan US tetapi hasilnya tetap sama.
Setiap pagi dia akan menangis bila dengar anaknya meraung kepedihan sebab terlalu sakit akibat luka gatal-gatal yang berada di seluruh badannya. Dia dan bininya tetap bersabar dengan situasi tersebut. Kalau dia pergi outstation, bininya akan jaga anaknya. Biasanya dia akan sapu ubat kat luka-luka tersebut dengan harapan akan sembuh. Memang sembuh tetapi luka yang dah baik tu akan merekah dan gatal. Habis satu badan kena. Nasib baik muka kena sikit aje.
Aku rasa macam pernah terbaca simptom camni kat klinik sewaktu buat medical check up dulu. Ia terjadi akibat virus apa ntah nama dia dan terjadi akibat mengamalkan seks berlainan pasangan. Bila aku cakap camtu terus dia sentap. Lahh...aku cakap aje bukan tuduh dia kongkek pelacur ke hape ke masa dia outstation tu...hahah..Aku cadangkan dia try rawatan kat apek tu tapi dia mengelak. Dia kata sedangkan rawatan canggih tak boleh nak baik inikan pulak rawatan cucuk jarum tu sambil perlekehkan orang Sabah. Eeiii...Sekarang aku pulak yang sentap. Time tu aku cucuk cerita mistik pasal Asia. Aku cerita pasal hantu, ilmu hitam, haiwan ganjil semua sampai membuatkan dia melopong. Dia macam tak percaya dengan cerita aku tetapi itulah modal aku supaya dia membuka mata. Sekarang dah sampai Asia, so kena paham budaya orang Asia macam mana.
Pakcik Pak banyak influence mamat ni sampai aku tengok dia macam dah percaya dengan apa si Pak ni cakap. Lama-kelamaan hatinya kian lembut dan bersetuju untuk membawa anaknya datang untuk rawatan kat tabib Cina. Aku cakap kat dia "almeno si tenta" dengan pelat Melayu..prrfffghhtt. Lepas habis job survey, dia terus balik ke Itali. Aku dengan Pak ketawa sebab si Piccione ni begitu sengal sekali minda tertutup dan suka pandang rendah orang Asia ni. Aku tak rasa dia akan datang semula. Paling kuat pun mesti dia kata aku dengan Pak adalah sakai di zaman millenium. Lantak dia la kan...
Masa berlalu. Aku pun dah lupa dengan si Piccione ni sebab sibuk dengan kerja-kerja commissioning turbine dan compressor aku. Malam tu sedang aku borak-borak dengan geng laut, nama aku dipanggil oleh Herlando kerana ada panggilan dari jauh. Aku ingatkan dari bos aku tetapi dari Piccione rupanya. Ohh..aku ingat dia dah lupakan aku. Dia kata dia akan datang Sabah dalam masa terdekat. Kebetulan time dia datang tu aku dah berada di darat. Boleh la aku bawak dia ke kedap apek tu nanti.
Hari yang dijanjikan telah tiba. Aku jumpa dengannya kat lobby hotel. Aku tengok dia bersama seorang budak yang aku rasa itu anak dia. First time aku tengok..Ya Rabbi...banyak gila ruam merah kat leher dan kaki budak ni. Bila dia tunjukkan belakang badan anak dia, memang betul banyak kesan luka yang tak kering dan banyak yang merekah. Kesian sungguh aku tengok. Waktu tu, tangan anak dia tak berhenti menggaru. Walaupun dah kena marah tapi masih ligat lagi tangannya bergerak ke sana sini. Anak dia bernama Riccardo sama saiznya macam budak darjah 6 kat sini.
Sewaktu bawak ke kedai apek tu, anak dia asik menangis aje sebab takut agaknya. Yelah tengok ular, lipan dalam balang semua. Apek tu tengok sekali aje dan dah tau apa masalah budak tu. Dia suruh budak tu bukak baju dan duduk depan apek tu. Apek tu keluarkan beberapa batang jarum akupuntur dari kotak yang baru dibuka dan bersedia untuk mencucuk ke atas badan Riccardo. Ofkos la budak tu menangis tapi lepas kena pujuk terus OK. Sambil check nadi sambil tu jugak apek tu cucuk ke beberapa bahagian badan Riccardo dan dibiarkan selama 5 minit. Lepas tu dia cabut, bagi minum air teh Cina dan kata "Lu punya kawan ni sudah OK". Aku dengan Piccione terdiam sebab takkan macam tu aje rawatan dia kan? Apek tu kata memang betul pun..hhhmmmm...
Bila tengok Riccardo, dia macam ceria. Takde tanda tangan dia merayap garu sana-sini. Seolah-olah azab kegatalan yang dia tanggung hilang tiba-tiba. Aku pun blur kejap
No comments:
Post a Comment