Post ini aku buat bukan untuk memuji diri sendiri. Sebenarnya, apabila masuk ke usia emas, aku dah penat melayan karenah orang-orang di sekeliling yang mempunyai mentaliti kanak-kanak sekolah meskipun sudah menjadi mak atau bapak budak. Aku tak faham kenapa orang-orang camni merasakan diri mereka tercabar, rasa tersisih atau "in-secure" bila bersama aku kerana setiap orang is good at something. Kalau aku good at two things, korang haruslah buck-up untuk good in three things ye tak? Takkan aku kena downgrade something that I'm good just to be same level as you? Aku syak orang camni propa kuat sangat dan takut benda yang dia propa tu terbongkar lalu menjatuhkan kemaluannya?
Aku tak pernah nak kacau korang semua. Kalau ada terkurang, aku support. Kalau terlebih aku share. Simple aje konsep aku. Kalau korang ada skill dan terer dalam sesetengah hal aku akan hormat korang, berasa kagum dan bangga dapat berkawan dengan korang. Meskipun ada sedikit rasa cemburu namun aku translate semua tu untuk improve diri aku in the future bukannya condemn orang tersebut. Aku rasa tak perlulah menceritakan kehebatan diri sendiri ke segenap alam semata-mata untuk dapatkan perhatian umum. Bagi aku ia cukup memalukan kerana mesti ada orang lain yang lebih bagus dari korang.
Bila keadaan seperti di atas berlaku, aku biasanya ambil jalan berdiam diri kerana tidak mahu benda yang remeh-temeh ni diperbesarkan lagi. Suka hati korang lah nak kutuk aku, condemn aku, down grade aku...apa ajelah yang korang rasa tak puas hati dengan aku kerana aku percaya "hanya jauhari yang mengenal manikam". Sejauh mana korang boleh berselindung? Tetapi ingat..diam aku bukan diam sebarangan. Di kala itu jangan pulak sentap kerana dalam beribu-ribu cercaan , kutukan yang korang berikan pada aku tadi, hanya sekali sahaja yang aku perlukan untuk menangkis kesemuanya. Jangan pulak kata aku jahat atau bermulut laser sebaliknya ambil cermin untuk check diri sendiri which is aku rasa korang takkan buat punya.Yelah....mentaliti budak-budak sekolah. Mana boleh kalah...Prrffghtt...
Kes 1
No comments:
Post a Comment