Pages

22 April 2012

Tuisyen

Terus terang aku kata, masa kat sekolah dulu aku tak pernah pergi kelas tuisyen. Sebab utama adalah keluarga aku tak mampu. Pada masa tu yuran bulanan adalah lebih kurang dalam RM30 untuk satu subjek dan melangkaui RM100 untuk semua mata pelajaran. Disebabkan faktor ini, aku rela berkorban untuk belajar sendiri sahaja dan cuba digest sebaik mungkin di dalam kelas.

Selain belajar sendiri, aku juga ada buat discussion group sesama member untuk bertukar-tukar fikiran lebih-lebih lagi untuk peperiksaan yang akan menjelang. Kalau tak paham, try tanya geng yang lebih pandai atau terus pegi jumpa cikgu dan discuss. Konsep masa tu adalah "usaha tangga kejayaan".Opss..lupa nak bagi tahu. Aku pelajar sekolah biasa aje. Bukan dari MRSM, SBP mahupun dari sekolah aliran teknik. Pendek kata dari jenis yang terpilih la. Maklumlah..aku ni bukan pandai mana pun.

Setiap hari minggu kalau pergi ke bandar, memang bersepah-sepah orang yang pergi tuisyen ni siap dengan bawak fail di tangan. Megah dengan apa yang mereka pamerkan. Seolah-olah masa diorang lebih terjamin dari yang tak pergi tuisyen ni. Bagi aku semua tu bullshit. Kalau setakat pergi tuisyen tapi takde usaha pun sama jugak. Malahan lagi rugi sebab duit dah keluar tapi dipersia-siakan.

Menyentuh perihal tuisyen ni, seingat aku Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) ada menerbitkan satu rancangan pendidikan menerusi TV ni. Siaran bermula dari jam 8.00 pagi hinga jam 4.00 petang. Biasanya cikgu-cikgu diberi jadual bila masa sesuatu rancangan pendidikan itu akan disiarkan. Pada ketika itu hanya banyak rancangan sekolah rendah dan paling tinggi pun rancangan untuk peringkat SRP. Kalau peringkat lagi tinggi memang takde. Syok jugak la layan lebih-lebih lagi lepas balik dari sekolah time makan.

Aku suka layan rancangan Bahasa Inggeris, Agama, Matematik dan Sains. Kadang-kadang rancangan untuk budak sekolah rendah pun aku layan jugak hehee..Aku rasa memang bagus rancangan camni sebab ada analogi, drama, lukisan dan jugak contoh yang menarik. Memang senang nak paham berbanding kalau baca buku aje. Rancangan sebegini terus aku lupakan sebab sukatan pelajaran yang dipaparkan terhad untuk menengah bawah. Untuk menengah atas, kitorang buatlah study group sendiri macam yang aku cerita kat atas tadi. Sape yang paham akan ajar pada yang tak paham. Kalau dah ajar still tak paham-paham (dalam kategori bingai lembabs), ahli yang lain akan ajar dengan penuh emosi sebab dah penat lantas membuatkan yang tak paham tu buat-buat paham untuk menjaga hati ahli yang faham walaupun hakikatnya memang tak paham. Hahahaa..... Kalau semua tak paham, maka terkangkang la....maka jadilah study group yang fail....macam siyal..hahahha..

Memang susah la time tu. Semangat juang dan imaginasi kena kuat sebab susah nak bayangkan macam mana konsepnya lebih-lebih lagi subjek sains tulen macam fizik dan kimia. Kalau diberi formula camni

CH4 + 4Cl2 ==> CCl4 + 4HCl

Kalau setakat hafal memang bodoh la. Sebab tu kena paham sampai ke akar umbi belum masuk lagi nama-nama yang pelik. Susah nak bayangkan sebab tak nampak macam bilangan mol. Jadah hape mol tu..?? Dulu aku ingat mol tu adalah Malaysian On Line. Member aku pulak ingat  mol ni adalah mole iaitu tak lalat sebab cikgu yang ajar tu ada taik lalat. Lagi bangsat punya imaginasi. Jadi untuk pahamkan perlu ambil masa jugaklah bukannya boleh download terus masuk kat otak.

Sekarang ni aku tengok budak-budak sekolah semakin senang proses pembelajarannya. Jadi kemampuan diorang untuk paham diperingkat lebih awal memang cukup mengagumkan. Sebagai contoh masalah subjek tingkatan 3 budak darjah 6 boleh buat. Biasa dengarkan kalau orang kata "kecik-kecik dah pandai". Aku tak setuju dengan kata-kata sebegitu sebab ia membuatkan aku sedikit sentap. Abis tu orang dulu-dulu kira bodoh la ye? Kejii...Prrffghttt....

Kemunculan semula siaran pendidikan macam ni diteruskan oleh Astro melalui rancangan Astro Tutor TV.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...