Aku tak tahu kenapa sekarang ni keinginan aku mendengar lagu-lagu moden semakin berkurangan. Bukanlah tidak layan langsung cuma aku rasakan lagu-lagu baru ini seperti kosong. Hanya melekat sekejap sahaja kemudian aku sudah benci mahu mengulanginya. Jangan sesekali bercerita band K-Pop dengan aku. Kalau berani nak kena maki...cuba laa. Aku pun dah lama tak praktis maki kurun ke 18 aku ni..
Sekarang ni taste aku berubah ke belakang yakni ke tahun yang lampau. Aku merindui lagu-lagu era tahun 70an,80an ,90an dan ambang millenium. Kalau bukak radio kat rumah siaran yang aku carik adalah bukannya HotFM, Era, XFresh ataupun MixFM sebaliknya....aku mencari Klasik Nasional. Hahah...
No comments:
Post a Comment