Suatu masa dahulu..
Aku berasa sangat tidak selesa dengan sorang mamat ni. Gaya bercakap nampak cam poyo dan terlalu positif tentang sesuatu perkara. Rasa was-was akan kemampuannya apatah lagi aku terpaksa direct report kepadanya selaku bos aku. Lebih menyakitkan hati, mamat ni bukanlah dari engineering background namun seboleh-boleh nak masuk walaupun nampak bodoh. Menjadi bahan lawak dan kutukan sudah semestinya berlaku lebih-lebih lagi berada di office yang majoritinya Melayu sepertimana yang aku alami dahulu.
Assignment pertama berlaku sedikit ketegangan di mana aku dan mamat ni saling tak nak mengalah. Dari sebab itu, berlaku perang dingin berbalas email sindir-menyindir. Macam budak-budak kan..?? Hahaha...Aku benar-benar tidak faham cara mamat ni bekerja dan dia jugak tak faham macam mana aku buat kerja lantas menghasilkan communication barrier yang sukar dipecahkan.
Aku tak tahu macam mana aku boleh berbaik-baik dengan mamat ni. Macam berlaku tiba-tiba dan seterusnya jadi OK. Memang magic. Apa jua projek mahupun kerja, ia dilaksanakan bersama. Tiada lagi terms "aku report kat ko" atau "ko report kat aku". Aku suka dengan caranya yang lebih kepada performance driven. Tak kisah nak mengular ke nak ponteng ke yang pasti semua kena tip top. Tetapi ramai yang nampak sebaliknya. Aku tak kisah. Lantak korang lah nak kata apa. Yang penting aku tak kacau korang.
Jumaat lepas, sudah hampir 4 tahun lebih aku bekerjasama dengan mamat ni. Apa yang aku kesalkan adalah
No comments:
Post a Comment