Pages
16 February 2010
Salah siapa?
Di penghujung tahun 1998, ada seorang kawan sekelas datang berjumpa dengan aku. Dia menceritakan segala masalahnya pada aku untuk luahan perasaan. Dia tidak mengharapkan aku untuk mencari jalan penyelesaian tetapi sekadar mendengar sahaja keluh hatinya. Tujuan aku post kat sini adalah untuk korang berfikir secara rasional.
Aku ada seorang kawan bernama Azman (macam nama sebenar) yang berasal dari Melaka. Aku kenal dia sewaktu berada di Asasi. Setakat yang aku tahu, dia adalah anak sulung dari 5 adik beradik. Adik-adiknya yang lain masih lagi kecil. Paling tua pun baru darjah 5. Aku malas nak tanya kenapa ada jarak umur yang berbeza sebab dah menyentuh bab sensitif pulak.
Keluarga si Azman ni takde la kaya mana. Bapanya hanya mengambil upah mengait kelapa sawit manakala ibunya mengambil tempahan menjahit baju. Kalau diikutkan cukuplah untuk makan pakai sekeluarga. Kalau nak bermewah-mewah tu takde la. Keluarga dia pun takde lah tinggi sangat pendidikan. Paling kuat pun setakat darjah 5. Si Azman ni kira orang harapan sebab hanya dia seorang sahaja yang berjaya sampai ke menara gading. Result exam dia pun boleh tahan walaupun hanya dari sekolah kampung.
Kami masuk ke fakulti yang sama dan berada dalam kelas yang sama. Untuk tahun pertama pengajian, aku tengok dia begitu tekun belajar. Permulaan semester baru aku sudah jarang nampak dia di kelas. Malah ada sesetengah kelas dia tak pernah langsung datang. Bila aku pergi ke rumahnya, housemate dia kata dia pergi kerja. Aku tak paham. Kalau diikutkan aku tak ambil peduli sangat sebab hal masing-masing tetapi memandangkan dia geng makmal aku, mahu tak mahu aku terpaksa ambil pusing. Kalau tidak, macam mana nak buat eksperimen dalam makmal? Takkan nak buat sorang2?
Hari itu, aku berkesempatan berjumpa dengan dia. Dia nampak macam segan-segan bila nampak aku. Pada mulanya dia begitu berat menceritakan keadaannya namun setelah didesak maka terhamburlah cerita sedihnya dan berkali-kali berpesan agar tidak menceritakan pada sesiapa. Ya..ceritanya aku simpan setelah 12 tahun dan buat kali ini aku menceritakan pada semua. Maaf ye Azman (macam nama sebenar).
Dari apa yang diceritakan, ayahnya ditimpa musibah sewaktu bekerja di mana ayahnya telah dipatuk dengan seekor ular tedung selar ketika mengait kelapa sawit. Ayahnya berjaya diselamatkan tetapi kesan racun ular itu terlebih dahulu telah meresapi seluruh sendi dan urat menyebabkan ayahnya lumpuh separuh badan. Hidup mereka sekeluarga porak peranda kerana kekurangan sumber pendapatan. Azman berasa serba salah sama ada untuk menamatkan pengajiannya yang tinggal kurang 2 tahun lagi atau ingin membantu keluarga mereka. Kalau diharapkan dengan sumber pendapatan di kampung berapa la sangat. Ramai yang menganggap Azman mempunyai pinjaman pelajaran bukan..?? Ya memang dia dapat pinjaman pelajaran tetapi setelah ditolak yuran pengajian dan pelbagai yuran lagi berapa la sangat yang tinggal untuk dibelanjakan untuk 1 tahun.
Azman terpaksa mengambil jalan untuk menyara keluarganya disamping berada di kampus mengikuti pelajaran. Pada mulanya aku lihat dia dapat membahagikan masa antara kerja dan belajar namun lama kelamaan aku tengok dia lebih banyak fokus pada kerja berbanding pelajaran. Selebihnya aku tak berjumpa dengannya lagi selepas itu. Untuk semester seterusnya, aku lihat namanya sudah tiada lagi dalam senarai pelajar. Dia juga sudah berpindah ke tempat lain. Aku putus hubungan dengannya semenjak hari itu. Aku berharap dia selamat.
Pada suatu hari aku terserempak dengannya. Dia begitu terkejut melihat aku sambil kemalu-maluan sewaktu aku melihat dirinya. Berdasarkan dari perbualan singkat itu, dia menceritakan bahawa memang betul dia telah berhenti dari belajar dan bekerja untuk menampung keluarganya dia kampung. Dia bekerja sebagai salah seorang technician di sebuah company di Shah Alam. Hatinya masih kuat untuk meneruskan pengajian tetapi dia perlukan masa agar stabil dari segala permasalahan. Menurutnya, dia terpaksa meletakkan dirinya sebagai orang bodoh agar diterima kerja. Aku tak sangka dia sanggup berbuat demikian sebab aku tahu dia seorang yang bijak. Katanya "aku terpaksa..!!". Setelah itu aku tak lagi mendengar cerita darinya.
Bila mengenangkan kembali cerita ini aku tertanya-tanya selain Azman, berapa ramai lagikah yang senasib dengannya? Dia bukannya bodoh tetapi menjadi mangsa keadaan. Masyarakat kita begitu memandang tinggi pencapaian seseorang. Jika baik hasilnya maka baiklah segala-galanya. Jika hasilnya buruk, maka buruklah serba serbi sambil dicerca keji. Perkataan "drop-out" seolah-olah terlalu "sial" untuk dijadikan sebagai sandaran. Mengapa? Ramai yang terus menerus membuat anggapan yang buruk tanpa menilai kemampuan sebenar individu itu sendiri lainlah kalau dari jenis makan suap dan pemalas. Itu memang patut dikeji.
Jadi, aku ingin bertanya pada semua untuk kes si Azman ni, salah siapa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment